Pada masa kini, bahasa Melayu masih belum diterima dalam program Google Adsense. Anda perlu menggunakan bahasa Inggeris bagi penulisan blog anda. Kesian rakyat Malaysia mesti ramai yang sudah kaya dengan Google Adsense.
Anda gunakan ayat yang mudah dalam bahasa inggeris bagi menulis di dalam blog anda. selain itu, anda juga boleh merujuk berita online dari dalam dan luar negara bagi mencari idea penulisan anda.
Bagaimana dengan blog dalam bahasa melayu? Anda dapat memasukkan kod Adsense sesudah mempunyai akaun Google Adsense. Namun, iklan ada kalanya tidak disiarkan oleh Google kerana unsupported language(bahasa yang tidak disokong). Jangan sesekali memohon akaun Google Adsense dengan blog bahasa Melayu. Permohonan anda pasti ditolak apabila ia ditulis dalam bahasa Melayu yang tidak difahami oleh mereka.
Antara bahasa lain yang disokong menerusi program google Adsense ini adalah Itali, Arab, Mandarin, latin, Indonesia dan banyak lagi. Dukacitanya, bahasa Melayu belum tersenarai dalam bahasa yang disokong. mungkin suatu hari nanti, program Google Adsense akan dibuka sepenuhnya kepada laman web bahasa Melayu.
Apakah Bahasa Yang Digunakan Oleh Google Adsense?
11 Februari 2012 | Dicatat oleh Aleeya Rahman di 3:24 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan