Google mempunyai reputasi yang baik di kalangan publisher kerana mereka membayar tepat pada masanya setiap bulan. Kebiasaannya pembayaran akan dilakukan antara 23 dan 25 hari bulan setiap bulan. Bayaran hanya akan dilakukan setalah akaun anda mencapai jumlah pendapatan sekurang-kurangnya tepat USD100.00. Sekiranya akaun anda belum mencapai jumlah itu, baki akan dibawa ke bulan hadapan.
Kini, Google menguasai banyak bidang terutamanya bidang teknologi search engine. Google juga menjadi syarikat gergasi teknologi maklumat yang sukar dicabar oleh mana-mana syarikat sehinggakan Bing(dulunya MSN) terpaksa bergabung dengan Yahoo! bagi bersaing dengan Google dalam teknologi search engine. Google juga cuba memecahkan dominasi Microsoft menerusi pembangunan sistem operasi mereka sendiri iaitu Chrome selain menbangunkan sitem operasi telefon bimbit mereka sendiri yang dinamakan Android.
Terdapat dua kaedah pembayaran yang ditawarkan kepada Publisher dari Malaysia pada masa ini iaitu menerusi cek dan menerusi Western Union. Apabila jumlah di dalam akaun anda mencapai USD50, Google akan menghantar satu poskad yang mengandungi kod pengesahan. kod ini bertujuan memastikan alamat anda adalah benar. Bayaran tidak akan diuruskan sekiranya anda belum menerima kod ini walaupun akaun anda telah mencapai jumlah USD100.00
1. Cek
![]() |
| Cek Saya pada 24 November 2009 |
2. Western Union
Apabila anda memilih kaedah Werstern Union, anda hanya memerlukan satu hari bagi menuntut wang anda kepada wang tunai. jadi, anda akan menerima wang anda dengan lebih cepat. Dengan Western Union, anda boleh menuntut di CIMB, RHB, Agro Bank, Pos Malaysia atau mana-mana bank yang mempunyai logo Western Union di premis mereka. Dapatkan bantuan staf berkaitan bagi mengisi borang tuntutan anda. Bagi memudahkan proses, cetak muka surat penyata Google Adsense yang mengandungi nombor MTCN Western Union. Anda akan menerima wang anda dalam Ringgit Malaysia walaupun anda dibayar dalam US Dollar oleh Google. Pihak ajen Western Union akan menukarkannya mengikut kadar tukaran mata wang semasa. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Western Union, anda boleh lawati laman web mereka di www.westernunion.com
Antara kedua-dua pilihan kaedah bayaran di atas, saya sarankan supaya anda memilih kaedah Western Union kerana lebih cepat dan mudah. Anda tidak perlu menunggu lama bagi menikmati hasil kerja kuat anda dalam Google Adsense program. Ini akan meningkatkan motivasi anda untuk terus berusaha lebih baik.


0 ulasan:
Catat Ulasan