Dalam blog ini, saya akan menunjukkan cara mudah bermula dengan program Google Adsense iaitu menerusi laman blog. Blog adalah laman web yang berkonsepkan jurnal online (dalam talian) Blog membolehkan pemiliknya manambah kandungan laman mereka dengan mudah.
Kandungan blog ialah disusun mengikut tarikh artikel(post) disiarkan. Antara blog ialah membolehkan anda berinteraksi dengan pembaca blog anda. Pembaca atau pelawat laman blog boleh memberi reposn (reaksi) dan komen kepada semua artikel yang anda tulis menerusi blog.
Kebanyakan laman web yang ditiolak bagi menyertai program Google Adsense adalah kerana tidak mempunyai kandungan yang baik ataupun asli hasil daripada copy dan paste dari laman web lain. Google hanya meluluskan laman web yang mempunyai kandungan yang unik dan tidak sama dengan laman web lain. Sekiranya anda ingin menyalin atau copy dari blog lain, sila masukkan sumber rujukan atau memberi kredit kepada penulis asal.
Saya menyarankan anda menulis sendiri kandungan blog anda supaya ia dapat melatih anda menulis. Anda boleh menulis apa sahaja, namun saya sarankan agar anda menulis tentang satu topik atau niche. Contohnya anda ingin menulis tentang perniagaan, tulislah artikel tentang perniagaan sahaja secara konsisten pada blog anda bagi memastikan hanya iklan Adsense yang berkenaan dengan perniagaandipaparkan di laman blog anda.
0 ulasan:
Catat Ulasan