Pengenalan Apa Itu Google Adsense?

Google Adsense adalah program perkongsian pendapatan daripada pengiklanan yang disediakan oleh Google. Caj yang dikenakan oleh Google kepada pengiklan akan dikongsi bersama di antara pemilik laman web atau publisher yang meletakkan iklan Google di laman web mereka. Google akan membayar setiap kali klik pada iklan mereka dan membawa pelawat kepada iklan pelanggan mereka. Dengan kata lain, anda membantu Google membawa pelawat kepada pengiklan mereka dan anda akan diberikan ganjaran dalam bentuk perkongsian pendapatan hasil daripada caj iklan yang dikenakan. Pendaftaran menyertai program ini adalah sepenuhnya percuma.

Bagaimana Rupa Iklan  Google Adsense?

Saya pasti anda pernah melihat iklan Google ini di mana-mana. Ini kerana ramai pemilik laman web menyertai program ini sebagai salah satu daripada sumber pendapatan mereka di Internet termasuk ramai penulis blog di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

 Pemilik laman web hanya perlu memilih bentuk dan jenis iklan Google Adsense ini bagi diletakkan pada laman web ataupun blog mereka. saya akan ajar tentang ini dalam post saya nanti. Iklan ini mungkin terdiri daripada iklan berbentuk teks ataupun imej beranimasi. Terdapat tiga pihak yang terlibat dalam program Google Adsense ini, antaranya adalah :

1.   Anda Sendiri atau Pemilik Blog atau Laman Web ( Publisher )
Publisher adalah gelaran yang diberikan kepada pemilik laman blog yang menyertai Google Adsense. Mereka meletakkan kod iklan pada laman web mereka manakala Google memasukkan iklan berdasarkan kandungan yang terdapat di dalam laman web itu. Teknologi ini yang menjadikan Google Adsense unik kerana iklan ditentukan secara automatik berdasarkan kandungan pada laman web publisher. Google menghantar sejenis robot atau lelabah untuk melawat laman web anda dan menentukan iklan yang berkaitan sahaja yang dipaparkan pada ruangan iklan. Sekiranya laman web anda mempunyai kandungan yang berkaiatan tentang perniagaan, hanya iklan berkaitan perniagaan yang akan dipaparkan pada ruangan iklan yang ditentukan anda. Anda tidak menentukan iklan yang dipaparkan pada laman web anda. teknologi ini sekarang banyak ditiru oleh syarikat pengiklanan lain seperti Chitika dan lain-lain.

2.   Pengiklan ( Advertisers )

Advertiser bagi program Google Adsense datang daripada program pengiklanan Pay Per Click Google Adwords. Pengiklan memilih kata kunci dan membidanya mengikut bajet pengiklanan mereka. Contohnya pengiklan menjual produk perniagaan, membida kata kunci "Make Business" pada nilai tertentu. Apabila ada pelawat yang klik pada iklan merek, pengiklan akan dikenakan caj berdasarkan harga yang dibida. Caj tersebut akan dikongsi di anatar Publisher Adsense dan Google.

Sebagai contoh, pengiklan membida kata kunci "Make Business" pada harga nilai USD10.00, kemudian iklan itu dipaparkan di laman web anda. Apabila pelawat di laman web anda tertarik kepada iklan itu lalu mengklik pada iklan itu, Advertiser akan dikenakan caj maksimum sebanyak USD10.00 bagi setiap klik yang terhasil.

3.  Google

Google inc. adalah syarikat search engine terbesar di dunia ketika ini. Mereka menghasilkan keuntungan lebih daripada USD30 bilion sehingga suku tahun ketika tahun 2009. Nilai ini jauh mengatasi pendapatan mereka pada tahun 2008 yang berjumlah USD23 bilion. Keuntungan ini adalah selepas ditolak daripada perkongsian pendapatn mereka menerusi Google Adsense. Banyak nya

0 ulasan: