Pendahuluan

Kos sara hidup pada masa sekarang semakin meningkat dari hari ke hari. Ramai di antar kita masih tercari-cari cara bagi menambahkan pendapatan mereka. Internet adalah antara pilihan yang paling popular di dunia. Tambahan pula, bisnes online ini turut mendapat galakan dan dorongan daripada kerajaan yang mahukan rakyat memanfaatkan Internet sebagai salah satu sumber pendapatan yang lumayan. Namun ramai yang masih tidak tahu dengan hanya menulis blog, mereka dapat menjana pendapatan serius.

Google Adsense adalah salah satu agensi yang paling popular di Internet yang dapat menjana sumber pendapatan menerusi blog. Malah, program ini adalah salah satu produk keluaran dari syarikat dunia ia adalah Google.

Anda dijamin menerima bayaran sekiranya patuhi segala syarat yang ditetapkan oleh mereka. Perkhidmatan ini menawarkan peluang pendapatan darpada hasil pengiklanan yang mereka perolehi dari program pengiklanan Google Adwords. Peluang ini terbuka kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia, sama ada individu ataupun syarikat. asalkan anda mempunyai Internet dan komputer.

Google Adwords adalah kaedah pengiklanan Pay Per Click paling berkesan dan popular di Internet. Perkhidmatan ini digunakan oleh ribuan syarikat dan individu dari seluruh dunia bagi menjual produk mereka di seluruh dunia kepada golongan sasaran mereka.



Kedua-dua perkhidmatan ini banyak membantu perkembangan perniagaan di Internet dan memberi peluang kepada sesiapa sahaja memperoleh pendapatan menerusi Internet tanpa perlu menjual apa-apa produk.

Kedua-dua program ini juga menjadi tunjang kepada populariti dan kejaayan Google pada hari ini. Pendapatan utama Google adalah menerusi pengiklanan. Walaupun kebanyakan perkhidmatan yang mereka tawarkan adalah percuma, namun mereka menyelitkan iklan pada semua perkhidmatan tersebut. Begitulah cara mereka beroperasi selama ini.
Anda mungkin pernah terjumpa iklan Google Adsense ini di mana-mana laman web yang anda layari. Iklan google Adsense dikenal pasti apabila anda terjumpa iklan yang mempunyai perkataan "Ads bu Google". Iklan ini menjadi salah satu pendapatan pemilik laman web berkenaan.

Dalam blog ini saya akan tunjukkan cara mudah menjana duit menerusi Google Adsense yang menjadi panduan asas bagi mereka yang ingin bermula mendapatkan $100 pertama dari Internet.

0 ulasan: