Buat Duit Dengan Google Adsense

Apabila pelawat klik pada iklan Google yang diletakkan pada laman web anda, anda mendapat duit. Lebih banyak klik yang dilakukan pada iklan anda, lebih banyak duit yang anda perolehi menerusi Google Adsense.

Iklan Google Adsense disediakan supaya mudah dibaca dan diasimilasikan pada blog anda. Bentuk iklan ini juga berdasarkan teks dan imej yang seakan-akan sebahagian daripada reka bentuk blog anda. iklan ini tidak mengganggu konsentrasi pelawat ataupun menenggelamkan apa yang anda ingin sampaikan di blog anda. Saya pasti anda pernah melihatnya dan  klik pada iklan Google Adsense secara tidak sengaja. Pemilik blog itu juga mendapat duit daripada klik yang anda lakukan itu.

Jangan risau untuk klik pada iklan Adsense apabila anda tertarik dengan iklan Adsense tersebut. Mungkin apa yang ditawarkan oleh pengiklan dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Hasil jualan produk pengiklan menggalakkan lagi pengiklan lain menjadikan Google sebagai salah satu cabang pengiklanan mereka. Ini membuatkan peluang bagi menjana pendapatan melalui Google Adsense lebih tinggi kerana jumlah iklan yang banyak.

Kebiasaannya, Google akan membayar antara USD0.01 sehingga USD50.00 bagi setiap klik yang terkasil. Nilai ini bergantung kepada kata kunci blog anda dan nilai yang dibida oleh pengiklan. Lebih tinggi nilai bidaan kata kunci itu, lebih tinggi kemungkinan yang anda peroleh menerusi kata kunci itu. Para penggiat Google Adsense memanggil kata kunci ini sebagai high paying keyword (kata kunci bernilai tinggi)

Antara nilai bidaan kata kunci yang paling tinggi pada tahun 2009
CPC adalah singkatan bagi Cost Per Click atau anggaran nilai bidaan bagi setiap kata kunci apabila pengiklan Google Adword membidanya. Kata kunci yang berkaitan dengan Purchase Structured Settlement adalah antara yang tertinggi dibida oleh pengiklan.

Ketinggian nilai bidaan bergantung kepada industri tertentu. Antar industri yang mempunyai kadar carian yang tinggi dan mempunyai nilai bidaan yang tinggi adalah perbankan, kewangan, kesihatan, Internet dan banyak lagi. Pengiklan sanggup membida kata kunci pada nilai yang tinggi kerana pulangan yang diperoleh juga adalah tinggi.

0 ulasan: